Sunday, October 20, 2013

Menjana Side Income


Memerlukan side income.

Kerja Dari Rumah Secara Online

>Anak Terurus
>Rumah Kemas
>Makan Minum Suami Terjaga
>Income Pun Ada...
>Kalau rajin, boleh dpt income 5 angka insyaallah....

Gunalah teknologi zaman sekarang, semua dihujung jari... Bisnes online yg tak perlu keluar rumah hingga larut malam untuk berniaga.. Masa anda, anda tentukan...

♥Jom sertai kami dan buat bisness online DOUBLE STEMCELL.
♥Kami pun buat bisness ni 100% online sahaja.
♥Alhamdulillah secara online sahaja kami meraih income 5 angka sebulan...

Berminat..? Call / SMS / Whatsapp kami di 012-2166780...

Terbuka kepada sesiapa yg berminat di Malaysia / Singapura / Brunei / Indonesia




Kebaikan Double Stemcell


Assalamualaikum.

Anda pernah dengar product ini? 

Zaman dulu Nak dapatkan stemcell masuk dalam badan melalui injection coznya berpuluh dan ratusan ribu ringgit.. by pyhtoscience dan buat kajian.. kaedah double stemcell masukkan bawah lidah.. dan enzim air liur kita tu akan pergi ke otak.. so from otak akan diberitahu sel mana yg perlu dibaiki...

6 RAHSIA DOUBLE STEMCELL YG PERLU ANDA TAHU
----------------------------------------------------------------------
RAHSIA 1: Menghilangkan Kedutan, Memutih & Menggebukan 
Kulit Seluruh Badan
Memang tak seronok kalau tiba-tiba ada orang panggil anda 'Makcik'! Tapi
apakan daya, masa tetap berjalan. Proses penuaan adalah proses yang normal.
Tapi dengan menganjalkan kulit, kedutan yang menampakkan 'tua'
tersebut boleh dikurangkan. Memang best kalau
selalu dipanggil 'cik adik manis' dan jus ini boleh membantu.
Sebatian yang unik ( Apple & anggur stemcell ) dan antioksidan menjadikan kulit
lebih muda dan segar. Sel2 ini akan bertindak mengurangkan kedutan
pada kulit terutama kulit muka dan mengaktifkan sel-sel kulit badan.

Hasilnya menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga kelembapan
kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya. Bahan utama iaitu Apple Stem Cell.
telah dikaji oleh para saintis bahawasanya di dalam sebiji buah epal iaitu
hanya epal (uttwiler spatlauber apple) yang berada di kawasan switzerland
mengandungi stem cell untuk anti aging. Sel ini dapat meningkatkan
keupayaan sel kulit manusia bertahan lebih lama.
Kesannya kulit akan kelihatan muda dan cerah.

0.1% stem sel epal uttwiler spatlauber boleh meningkatkan 80%
stem sel manusia. Dan istimewanya Produk Double stemcell ini mempunyai
2% stem sel epal uttwiler spatlauber di dalamnya!!!

Bermaksud peratusan % lebih tinggi memudahkan sel baru cepat terhasil.
Itu sebabnya kenapa hanya dalam masa 5 minit terus berlaku perubahan pada
kulit wajah.Kedutan & garisan halus akan berkurangan. Penggunaan selama
2 minggu boleh menghasilkan 8% kedutan bekurangan manakala
4 minggu menghasilkan 15% kedutan akan berkurangan.

RAHSIA 2: Perlindungan Dari Cahaya UV
Matahari Merbahaya, 30 Kali Lebih Lama

================================

Bila anda berdiri di tengah panas, ia sebenarnya melemahkan kulit anda. Bila
kulit anda lemah, ia tidak tahan lama dan menyebabkan kulit semakin berkedut,
berjeragat, dan tak sihat. Mungkin anda tak pernah terfikir, perlindungan dari
cahaya matahari UV sebenarnya penting untuk mengekalkan kecantikan.

RAHSIA 3: Mengembalikan Tenaga & Stamina
----------------------------------------------------------

Acai Berry membantu tubuh mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik, agar dapat
memulakan hari dengan tubuh badan yang lebih segar pada setiap pagi.

RAHSIA 4: Perjalanan darah lebih lancar &
Menguatkan Jantung

-----------------------------------------------------

Apabila Double stemcell ini memasuki badan, ia memberikan haba
yang merangsang aliran darah yang lancar bermakna lebih banyak oksigen
dan nutrien dibawa ke bahagian otak & badan dan sekaligus dapat meningkatkan
tenaga, merehatkan dinding saluran darah melalui kesan oksida nitrik
yang terdapat di dalamnya disamping meningkatkan daya
ingatan dan kejelasan mental.

RAHSIA 5: Bakar Lemak Dalam Badan
Merendahkan Kolestrol

-============================

Pengurangan Berat Badan – Acai Berry dapat meningkatkan kadar
metabolism badan, menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak.

RAHSIA 6: Hanya 15 Saat Untuk Diminum!
================================
(sesuai bagi wanita sibuk yang mahu cantik)
Hanya perlu guna sepaket sehari. Bukan saja sepantas kilat untuk diminum, malah
menjimatkan. Tak perlu tergopoh-gapah waktu pagi masa bersiap
untuk pergi kerja. Masa boleh jimat, dan kecantikan pun terjaga rapi.
Keluar rumah dengan penuh keyakinan diri

Monday, December 3, 2012

Damia Medina Officially Berjalan



Salam,

Syukur, akhirnya mia dh pandai berjalan dengan gayanya. Mula-mula takut gak.. Before nie, mia asik jalan berjengkit, takut dia akan jalan berjengkit, tp finally dia jalan dengan kaki yang betul.. Bila kita asyik fikir sangat 'kenapa lambat' , 'kenapa anak kita sudah, anak org lain belom', 'kenapa...kenapa'.. Memang kita akan stress.. Tapi bile ingat pada yang pangkal pembesaran anak-anak memang berlainan. Hampir Setahun Dua Bulan nie, mia masih tak tumbuh gigi lagi.. Tapi dah xrisau, sbb bila lambat tumbuh lambat gugur gigi. So lepas nie xperlu nak risau sangat, klau dah msuk 2-3 masih tidak berjalan atau tumbuh gigi baru kita refer kepada doktor pakar.


Friday, April 20, 2012

Perancangan Keluarga

Salam.


Entry kali nie aku nak share pasal 'Family Planning'. kali ini baru aku try planning. 1st pregnancy memang plan sendiri je. sbb aku terdengar beberapa fedback yg negatif..so aku takut nk makan..takut gemuk lah kan..tapi kali nie aku makan sbb doktor aku cakap kulit bole cantik..ape lagi aku try lah.... So aku try yg nie.. Aku baru jek try Yasmin nie..




Ade banyak jenis pil perancang nie yang berlainan dos.. Sesiapa yang merangcang untuk Family Planning sila berhubung dengan doktor yang bertauliah dulu. Sebab lain org, lain ubatnya.


Aku share sikit untuk info2 Family Planning nie ye.






Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;

1.Pil pencegahan hamil (OCP)
2.Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3.Implan pencegah kehamilan
4.Suntikan pencegah kehamilan
5.Topi serviks
6.Diafragma
7.Kondom untuk wanita
8.Kondom untuk lelaki
9.Megikat tiub
10.Vasektomi
11.Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12.Pengunduran
13.Menyusukan

1. Pil pencegahan kehamilan
  • Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:
(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
-  Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan  IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

Thursday, April 19, 2012

Baby Diarrhea

Salam.

hari nie genap anak aku 6 Bulan. Alhamdullilah Miss Mia Medina sehat walaupun last week dia terkena cerit berit skit akibat maknyer over excited nak kasi makan. Aku ks Mia Medina makan bubur ayam yg patutnyer umur dia lom lagi sesuai nak makan ayam lagi...haaiiihhh..over! 



Pengalaman kali nie mmg 1st time walaupun aku dah ade 2 anak..Aku bawa Mia Medina ke DEMC then doktor kasi ubat SEMCTA. alhamdullilah Mia Medina makin pulih... disebabkan ini berat Mia Median turun gak lah.. meh kt share sikit pasal baby cerit berit nie sebagai rujukan kita ye..



Apa yang menyebabkan cirit-birit? 

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurnaselesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bagaimanakah saya merawatnya? 

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh. 

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk). 

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius. 

Haruskah saya hentikan makanan pepejal? 

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya pepejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

Bilakah saya harus memanggil doktor? 

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut: 

• kulit atau bibir kering; 
• lemah lesu; 
• menangis tanpa air mata; 
• ubun-ubun yang menurun; 
• tangan dan kaki pucat; 
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa. 

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda: 

• tak mahu minum; 
• demam lebih dari 24 jam; 
• terdapat darah dalam najisnya; 
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam; 
• perutnya kembong buncit. 

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat. 

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

Monday, January 30, 2012

Renungan Bersama

salam. mari kt same2 practice cara mendidik anak.. 
Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi... 



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak



Sabda Rasulullah s.a.w.



“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.



9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.



13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.



14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.



17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.








source : FB




my angle!