Thursday, April 19, 2012

Baby Diarrhea

Salam.

hari nie genap anak aku 6 Bulan. Alhamdullilah Miss Mia Medina sehat walaupun last week dia terkena cerit berit skit akibat maknyer over excited nak kasi makan. Aku ks Mia Medina makan bubur ayam yg patutnyer umur dia lom lagi sesuai nak makan ayam lagi...haaiiihhh..over! 



Pengalaman kali nie mmg 1st time walaupun aku dah ade 2 anak..Aku bawa Mia Medina ke DEMC then doktor kasi ubat SEMCTA. alhamdullilah Mia Medina makin pulih... disebabkan ini berat Mia Median turun gak lah.. meh kt share sikit pasal baby cerit berit nie sebagai rujukan kita ye..



Apa yang menyebabkan cirit-birit? 

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurnaselesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bagaimanakah saya merawatnya? 

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh. 

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk). 

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius. 

Haruskah saya hentikan makanan pepejal? 

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya pepejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

Bilakah saya harus memanggil doktor? 

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut: 

• kulit atau bibir kering; 
• lemah lesu; 
• menangis tanpa air mata; 
• ubun-ubun yang menurun; 
• tangan dan kaki pucat; 
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa. 

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda: 

• tak mahu minum; 
• demam lebih dari 24 jam; 
• terdapat darah dalam najisnya; 
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam; 
• perutnya kembong buncit. 

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat. 

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

No comments:

Post a Comment