Sunday, February 20, 2011

Cool Hijab Tutorial


FMN Hstlye Vol.01 from FiMiNin on Vimeo.

Friday, February 18, 2011

Tip & Petua




kubis 

bagi sesiapa yang nak melembapkan muka daripada bahan semulajadi, bole try cara ini. 
  • ambil beberapa kelopak kobis,
  • kisar sampai halus,
  • gaulkan besama 1sadu madu & sedikit air.
adunkan semuanyer pastu sapukan ke muka dan leher anda selama 20 minit..lepas tu bersihkan dengan kapas lembap.

Bayam

jika sesiapa yanag ade masalah kulit @ kurap boleh try yg nie...
  • tumbuk beberapa helai daun
  • campurkan sedikit kapur sirih.
pastu. sapukan pada bahagian kulit yg berkurap. biarkan sampai kering.. insyallah klau wat setiap hari boleh sembuh..tp bagi kurap yg baru...kalu yg lama bole refer ke doktor...
 
 
SALAD
 
daun salad bole dikatakan menenangkan dan melapangkan fikiran. jadi, jika anda ingin sentiasa rasa tenang, makanlah salad selalu...daun salad mngandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Kacang Panjang

jika anda ade masalah kurang selera makan dan kurang membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiatnya dapat membantu menyelesaikan masalah ini. kacang panjang jaua kaya dgn antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payudara.

Sawi

kepada ibu-ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar atau sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedekit air.


notakaki: saya ambil petua nie dari pembacaan dia majalah untuk dikongsi....kadang2 kt xsempat nak baca di majalah..so saya copy&paste jek...so org bole search dihujung jari jek....hehhehhe...selamat mencuba.....!


awan nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Monday, February 7, 2011

Petua Mendapat Baby yg Canteq.

 saye ade terbaca satu notes di FBku petua mndapatkan bayi yg canteq,bijak,hensem, insyallah...aku saje nk share kt kwn2 yg tgh preegy n plan tuk dptkan baby yg canteq.. tp dlm notes nie mmg ade mayak related n benar berlaku skung....kalu kt selalu amalkan insyallah ALLAH berikan zuriat yg sempurna utk kt...yg penting usaha dari jadinya baby nie....

Okies, pertama sekali sekiranya anda sedang mengandung, tahniah di ucapkan..apabila ujian kehamilan menunjukkan anda mengandung apa perlu anda buat?

1. Pertama sekali terus pergi klinik untuk sahkan kemudian pilih lah hospital yang anda suka dari segi fasiliti dan ongkos yang bersesuaian. Cari sorang sahaja doktor untuk monitor kehamilan anda supaya senang. Pengalaman saya banyak jumpa doktor buat saya pening, akhir sekali saya cume stick pada yang satu saja. Maaf saya tiada pengalamn ke hospital kerajaan, tetapi saya rasa prosedur mebi mungkin sama kot.

2. Ingat adalah penting untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sepanjang perjalanan indah ini. Sebab masa mengandung ada 3 semester trimester, masa dulu saya amalkan membaca surah surah seperti berikut:

- Luqman - Trimester pertama
- Maryam dan yusof - Trimester kedua
- Yaasin – Trimester ke 3

Kenapa saya membaca surah-surah berkenaan adalah kerana, menurut nasihat emak saya, membaca surah Luqman pada trimester pertama adalah seperti doa supaya anak kita menjadi bijak dan mulia budi pekerti seperti Luqman Al Hakim. Bukankan pade masa ini, otak-otak bayi sedang dijana dan badan embrio baru mahu membentukan rupanya, kan. Bila dah masuk trimester kedua,saya baca surah Yusof (konon ingin mempunyai anak lelaki yang kacak ehehe) dan juga Surah Maryam . Tetapi apabila doktor cakap, wah anak anda perempuan, terus saya baca surah Maryam sahaja kerana lebih pendek sedikit hehehe..Astaghfirullah...

Dan dekat akhir akhir kehamilan, saya baca surah Yaasin untuk memudahkan proses melahirkan. Dan Alhamdullilah, memang sangat mudah dek non! Baca entry saya beranak kat sini . Tapi saya juga nasihatkan anda untuk baca seluruh isi Al Quran juga ye, tidak terkecuali. Anda boleh mengamalkan surah-surah di atas juga selepas sembahyang fardhu maghrib misalnya.

3. Pemakanan kenalah jaga okay. Masa mengandung dulu saya agak gemok kerana mula-mula saya tidak jaga makan sampailah berat naik 4kg mendadak masa bulan 3, saya sangat insaf saya pon menjaga makan walaupun kadang-kadang terbabas juga. Terdapat beberapa jenis JANGAN yang saya patuhi walaupun-saya-tak pasti-kebenarannya-tapi-saya-ikut-juga: (pesanan ini ditaja oleh mak saya dan mak mertua saya)

1. JANGAN makan nasi sangat, menurut mak mertua saya nanti baby akan besar jadi susah nak beranak.
2. JANGAN makan pedas nanti kulit baby tidak cantik lepas lahir akan banyak naik ruam ruam putih and makanan berempah macam kari atau sambal juga elakkan sebab nanti akan mudah sakit ulu hati.
3. JANGAN minum ais nanti baby lepas lahir akan kena ampus asthma.
4. JANGAN minum soya banyak banyak sangat nanti walaupun baby akan lahir kulit cantik, tapi akan mudah berparut. Bagus lagik minum susu segar terus.
5. JANGAN makan benda benda tajam seperti nanas, tapai, rebung dan sebagainya. Kalau boleh elakkan juga daging kambing (chevon) sebab daging kambing walaupun kolesterol rendah tapi panas sikit. Lamb dan mutton pon sama. Elakkan..
6.JANGAN makan hati ayam atau hati lembu walaupon pengkaji kata banyak bitamin B. Emak saya kata jangan makan benda yang menggumpal darah tidak bagus untuk otak.
7.JANGAN makan asam-asam sintetik. Haaa kamu mesti suka makan asam kan masa mengandung.Kalau asam jawa oklah tapi kalau asam boi, asam merah yang ada bahan bahan kemikel ni memanglah tidak elok untuk perkembangan otak bayi okay. Nak makan asam juga? Carik la asam jawa muda..sedap!
8. JANGAN seksa binatang
9. JANGAN menderhaka dengan suami atau ibu bapa atau mertua nanti susah nak beranak.
10. JANGAN suka tengok karektor cerita atau kartun yang pelik pelik takut terkenan….(ini ada sekali sekali saya langgar sebab saya tgk cerita shrek dule hehehehe)..
11. JANGAN kutuk anak orang hitam, budak itu hitam dan sebagainya. Jaga mulut kamu!
11. JANGAN suka bergosip nanti anak kamu pon sama suka bergosip..(hehehehe..ini saya tambah sendiri..oh pastilah tidak dapat menahan diri kan..kalo kamu boleh tahan..tahannnnn sikit okay!)

Terdapat pula beberapa jenis MAKANLAH dan MINUMLAH - ini mmg saya betul-betul ikut:

1. MAKANLAH dengan kerap walaupon sedikit untuk elakkan pedih ulu hati (pesanan doktor sakit puan saya)

2. MAKANLAH buah-buahan - oh saya mmg gila buah dulu..saya lagi banyak makan buah dari nasi. Saya pernah habiskan buah longan sebanyak 2kg untuk saya seorang sahaja. Miahahaha..Kalau kamu nak makan buah, pilih buah-buah cam oren Sunkist, epal, anggur, kiwi, buah naga,limau gedang (tahukan buah limau yang isi merah itu?), buah mata kucing (longan), pisang, dan lain lain lagi. Makan buah yang banyak vitamin c, nescaya baby kulit bersih dan cantik ..Tak percaya vitamin C kasik cantik kulit? Tahukah kamu ramai orang cucuk vitamin C untuk kulit yang cantik hehehhe..Jadi fikir-fikirkanlah..Khasiat semulajadi adalah lebih bagus dari obat kemikel!

3. MAKANLAH ikan-ikan lebih dari makan ayam dan daging. Ikan mempunyai protein sangat tinggi. Saya memang penggemar ikan. Saya makan ikan singgang, ikan bakar dan ikan stim..ah sangat sedap tahu!..Lagi bagus kamu pergi teppanyaki and makan salmon teppanyaki..ah sangat sedapnya! Kenapa mesti ikan? Ini kerana ikan adalah baik untuk otak bayi, kajian menunjukkan ibu yang makan ikan beromega tinggi akan melahirkan bayi yang bijak..Oh satu lagi, kamu tahukan apa itu Neurogain? Ini adalah supplement minyak ikan. Boleh cari di farmasi dalam harga RM 60 sebotol kalo tak salah. Neurogain membantu perkembangan bayi (saya tidak promot untuk duit ya!). Makan sekitar kandungan berusia 4 – 7 bulan sahaja. Kalau makan lebih, takut anak terlampau bijak dan hyperactive terlampau aktif pulak.hehhee..lagi bagus tanya sama doktor kamu!

4. MAKANLAH sayur-sayuran HIJAU. Kenapa saya besarkan huruf hijau? Sebab saya takut kamu fikir rebung itu sayur lalu kamu pun makan, nanti jadi apa apa siapa yang susah? Jadi kalau nak makan sayur, pilihlah sayuran hijau banyak-banyak, sayur salad dan kekacang adalah yang terbaik!. Tidak terkecuali lobak, bunga kobes, cendawan dan lain lain.

4. MINUMLAH susu segar berbanding susu bancuh. Memang saya masa mengandung tidak dapat telan susu –susu yang dibancuh . Alternatifnya saya minum susu segar. Kadang-kadang saya terus minum susu Anlene yang dalam kotak tuh untuk dapatkan kalsium yang lebih konon. Hasilnya Sophie mmg gagah masa berumur 5 hari dia telah menendang plastic wrapper yang membalut balang phototheraphy sehingga perlu di tukar sebanyak 3 kali dan menurut doktor itu adalah sejarah..hahaha.

5. MINUMLAH air kelapa semasa kandungan 7-9 bulan, maksudnya di akhir kehamilan supaya baby akan lahir dengan kulit yang cantik. Mahu beritahu kamu satu perkara. Saya selau tengok tivi, bila bayi lahir akan banyak darah dan vernix (google sendiri kalo mahu tahu ini apa) tersalut pada badan. Tapi semasa Sophie lahir, badan nya sangat bersih sebab tiada ternampak pun vernix yang banyak atau darah yang banyak. Saya tahu sebab saya tengok..Doktor saya pon kata, kulit bayi ini sangat putih dan bersih..Terharu sob sob sob..Terima kasih Tuhan..

Dan disini juga saya bagi tips-tips yang saya tak tahu nak letak dalam ketegori apa:

1. Kalo asyik muntah air masa awal kehamilan kan, mintak pil Primperan 10mg dari doktor.

2. Ubat-ubat doktor kasik, saya tidak makan secara kerap sebab saya memilih untuk mendapatkan zatnya secara semula jadi. Jadi saya tidak telan sangat Obimin dan Ferum Ferrocyte. Tapi kamu jangan tiru ini sebab badan kita tidak sama. Apa-apa pun, mesti makan pil kalsium kalau kamu tidak mahu gigi rongok bila mengandung anak kedua. Apabila kurang kalsium, baby akan serap dari tulang kita, jangan benarkan diri anda tua sebelum waktunya, okay?

3. Semasa tidur, angkat kaki lagi tinggi dari badan. Letak bantal bawah kaki untuk elakkan odema atau bengkak kaki. Sepanjang mengandung kaki saya tidak pandai pernah bengkak cuba melebar sahajalah sebab dah gemuk kan.

4. Tidur pada suhu yang tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Kalau terlalu panas nanti kamu berpeluh2. Ingat semasa mengandung, jantung mengepam 7x kali lebih dari waktu biasa. Kalau terlalu sejuk mudah krem kaki. Kalau krem jangan tarik kaki, minta tolong sang suami tolak tapak kaki kamu pada posisi baring dan kaki diluruskan.

5. Banyak minum air suam jugak (dapat minum air zam zam lagi bagus) sebab badan kamu perlu banyak air. Pergerakan kamu sangat terbatas bila perut dah besar dan kamu akan cepat penat.

6. Bermalas-malasan di atas sofa atau katil tidak bagus! Bangun, pergilah berjalan-jalan hirup udara segar. Saya dulu memang kuat berjalan, sampai sudah buka 2 cm pon masih ada hati nak pergi membeli belah.hihohiho

7. Banyakkan membaca sebab siapa tahu kalu kalau baby kamu akan dapat habit ini kan? Bila membaca banyak buku mengandung, jangan terlalu panik dan menggelabah okay. Ambil sebagai panduan sahaja dan gunakan bila perlu.

Okay, semua di atas merupakan petua asli dari saya sendiri, tiada meniru sesiapa pun atau mengkopi sesiapa pun. Nampaknya sangat panjang isi saya kali ini, kan dan semua petua di atas adalah perkongsian saya dengan kamu semua. Petua-petua ini juga saya telah kongsikan bersama rakan-rakan saya yang sedang mengandung dan telah melahirkan. Tidak baik kedekut ilmu, tahu.Apapun, yakinlah segalanya rezeki adalah pemberian Allah dan bersyukurlah kita kepadanya. Amin..

Renung-renungkan dan selamat beramal..ececece''

dipetik dari = http://mamababahworld.blogspot.com/