Monday, February 7, 2011
Petua Mendapat Baby yg Canteq.
Okies, pertama sekali sekiranya anda sedang mengandung, tahniah di ucapkan..apabila ujian kehamilan menunjukkan anda mengandung apa perlu anda buat?
1. Pertama sekali terus pergi klinik untuk sahkan kemudian pilih lah hospital yang anda suka dari segi fasiliti dan ongkos yang bersesuaian. Cari sorang sahaja doktor untuk monitor kehamilan anda supaya senang. Pengalaman saya banyak jumpa doktor buat saya pening, akhir sekali saya cume stick pada yang satu saja. Maaf saya tiada pengalamn ke hospital kerajaan, tetapi saya rasa prosedur mebi mungkin sama kot.
2. Ingat adalah penting untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sepanjang perjalanan indah ini. Sebab masa mengandung ada 3 semester trimester, masa dulu saya amalkan membaca surah surah seperti berikut:
- Luqman - Trimester pertama
- Maryam dan yusof - Trimester kedua
- Yaasin – Trimester ke 3
Kenapa saya membaca surah-surah berkenaan adalah kerana, menurut nasihat emak saya, membaca surah Luqman pada trimester pertama adalah seperti doa supaya anak kita menjadi bijak dan mulia budi pekerti seperti Luqman Al Hakim. Bukankan pade masa ini, otak-otak bayi sedang dijana dan badan embrio baru mahu membentukan rupanya, kan. Bila dah masuk trimester kedua,saya baca surah Yusof (konon ingin mempunyai anak lelaki yang kacak ehehe) dan juga Surah Maryam . Tetapi apabila doktor cakap, wah anak anda perempuan, terus saya baca surah Maryam sahaja kerana lebih pendek sedikit hehehe..Astaghfirullah...
Dan dekat akhir akhir kehamilan, saya baca surah Yaasin untuk memudahkan proses melahirkan. Dan Alhamdullilah, memang sangat mudah dek non! Baca entry saya beranak kat sini . Tapi saya juga nasihatkan anda untuk baca seluruh isi Al Quran juga ye, tidak terkecuali. Anda boleh mengamalkan surah-surah di atas juga selepas sembahyang fardhu maghrib misalnya.
3. Pemakanan kenalah jaga okay. Masa mengandung dulu saya agak gemok kerana mula-mula saya tidak jaga makan sampailah berat naik 4kg mendadak masa bulan 3, saya sangat insaf saya pon menjaga makan walaupun kadang-kadang terbabas juga. Terdapat beberapa jenis JANGAN yang saya patuhi walaupun-saya-tak pasti-kebenarannya-tapi-saya-ikut-juga: (pesanan ini ditaja oleh mak saya dan mak mertua saya)
1. JANGAN makan nasi sangat, menurut mak mertua saya nanti baby akan besar jadi susah nak beranak.
2. JANGAN makan pedas nanti kulit baby tidak cantik lepas lahir akan banyak naik ruam ruam putih and makanan berempah macam kari atau sambal juga elakkan sebab nanti akan mudah sakit ulu hati.
3. JANGAN minum ais nanti baby lepas lahir akan kena ampus asthma.
4. JANGAN minum soya banyak banyak sangat nanti walaupun baby akan lahir kulit cantik, tapi akan mudah berparut. Bagus lagik minum susu segar terus.
5. JANGAN makan benda benda tajam seperti nanas, tapai, rebung dan sebagainya. Kalau boleh elakkan juga daging kambing (chevon) sebab daging kambing walaupun kolesterol rendah tapi panas sikit. Lamb dan mutton pon sama. Elakkan..
6.JANGAN makan hati ayam atau hati lembu walaupon pengkaji kata banyak bitamin B. Emak saya kata jangan makan benda yang menggumpal darah tidak bagus untuk otak.
7.JANGAN makan asam-asam sintetik. Haaa kamu mesti suka makan asam kan masa mengandung.Kalau asam jawa oklah tapi kalau asam boi, asam merah yang ada bahan bahan kemikel ni memanglah tidak elok untuk perkembangan otak bayi okay. Nak makan asam juga? Carik la asam jawa muda..sedap!
8. JANGAN seksa binatang
9. JANGAN menderhaka dengan suami atau ibu bapa atau mertua nanti susah nak beranak.
10. JANGAN suka tengok karektor cerita atau kartun yang pelik pelik takut terkenan….(ini ada sekali sekali saya langgar sebab saya tgk cerita shrek dule hehehehe)..
11. JANGAN kutuk anak orang hitam, budak itu hitam dan sebagainya. Jaga mulut kamu!
11. JANGAN suka bergosip nanti anak kamu pon sama suka bergosip..(hehehehe..ini saya tambah sendiri..oh pastilah tidak dapat menahan diri kan..kalo kamu boleh tahan..tahannnnn sikit okay!)
Terdapat pula beberapa jenis MAKANLAH dan MINUMLAH - ini mmg saya betul-betul ikut:
1. MAKANLAH dengan kerap walaupon sedikit untuk elakkan pedih ulu hati (pesanan doktor sakit puan saya)
2. MAKANLAH buah-buahan - oh saya mmg gila buah dulu..saya lagi banyak makan buah dari nasi. Saya pernah habiskan buah longan sebanyak 2kg untuk saya seorang sahaja. Miahahaha..Kalau kamu nak makan buah, pilih buah-buah cam oren Sunkist, epal, anggur, kiwi, buah naga,limau gedang (tahukan buah limau yang isi merah itu?), buah mata kucing (longan), pisang, dan lain lain lagi. Makan buah yang banyak vitamin c, nescaya baby kulit bersih dan cantik ..Tak percaya vitamin C kasik cantik kulit? Tahukah kamu ramai orang cucuk vitamin C untuk kulit yang cantik hehehhe..Jadi fikir-fikirkanlah..Khasiat semulajadi adalah lebih bagus dari obat kemikel!
3. MAKANLAH ikan-ikan lebih dari makan ayam dan daging. Ikan mempunyai protein sangat tinggi. Saya memang penggemar ikan. Saya makan ikan singgang, ikan bakar dan ikan stim..ah sangat sedap tahu!..Lagi bagus kamu pergi teppanyaki and makan salmon teppanyaki..ah sangat sedapnya! Kenapa mesti ikan? Ini kerana ikan adalah baik untuk otak bayi, kajian menunjukkan ibu yang makan ikan beromega tinggi akan melahirkan bayi yang bijak..Oh satu lagi, kamu tahukan apa itu Neurogain? Ini adalah supplement minyak ikan. Boleh cari di farmasi dalam harga RM 60 sebotol kalo tak salah. Neurogain membantu perkembangan bayi (saya tidak promot untuk duit ya!). Makan sekitar kandungan berusia 4 – 7 bulan sahaja. Kalau makan lebih, takut anak terlampau bijak dan hyperactive terlampau aktif pulak.hehhee..lagi bagus tanya sama doktor kamu!
4. MAKANLAH sayur-sayuran HIJAU. Kenapa saya besarkan huruf hijau? Sebab saya takut kamu fikir rebung itu sayur lalu kamu pun makan, nanti jadi apa apa siapa yang susah? Jadi kalau nak makan sayur, pilihlah sayuran hijau banyak-banyak, sayur salad dan kekacang adalah yang terbaik!. Tidak terkecuali lobak, bunga kobes, cendawan dan lain lain.
4. MINUMLAH susu segar berbanding susu bancuh. Memang saya masa mengandung tidak dapat telan susu –susu yang dibancuh . Alternatifnya saya minum susu segar. Kadang-kadang saya terus minum susu Anlene yang dalam kotak tuh untuk dapatkan kalsium yang lebih konon. Hasilnya Sophie mmg gagah masa berumur 5 hari dia telah menendang plastic wrapper yang membalut balang phototheraphy sehingga perlu di tukar sebanyak 3 kali dan menurut doktor itu adalah sejarah..hahaha.
5. MINUMLAH air kelapa semasa kandungan 7-9 bulan, maksudnya di akhir kehamilan supaya baby akan lahir dengan kulit yang cantik. Mahu beritahu kamu satu perkara. Saya selau tengok tivi, bila bayi lahir akan banyak darah dan vernix (google sendiri kalo mahu tahu ini apa) tersalut pada badan. Tapi semasa Sophie lahir, badan nya sangat bersih sebab tiada ternampak pun vernix yang banyak atau darah yang banyak. Saya tahu sebab saya tengok..Doktor saya pon kata, kulit bayi ini sangat putih dan bersih..Terharu sob sob sob..Terima kasih Tuhan..
Dan disini juga saya bagi tips-tips yang saya tak tahu nak letak dalam ketegori apa:
1. Kalo asyik muntah air masa awal kehamilan kan, mintak pil Primperan 10mg dari doktor.
2. Ubat-ubat doktor kasik, saya tidak makan secara kerap sebab saya memilih untuk mendapatkan zatnya secara semula jadi. Jadi saya tidak telan sangat Obimin dan Ferum Ferrocyte. Tapi kamu jangan tiru ini sebab badan kita tidak sama. Apa-apa pun, mesti makan pil kalsium kalau kamu tidak mahu gigi rongok bila mengandung anak kedua. Apabila kurang kalsium, baby akan serap dari tulang kita, jangan benarkan diri anda tua sebelum waktunya, okay?
3. Semasa tidur, angkat kaki lagi tinggi dari badan. Letak bantal bawah kaki untuk elakkan odema atau bengkak kaki. Sepanjang mengandung kaki saya tidak pandai pernah bengkak cuba melebar sahajalah sebab dah gemuk kan.
4. Tidur pada suhu yang tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Kalau terlalu panas nanti kamu berpeluh2. Ingat semasa mengandung, jantung mengepam 7x kali lebih dari waktu biasa. Kalau terlalu sejuk mudah krem kaki. Kalau krem jangan tarik kaki, minta tolong sang suami tolak tapak kaki kamu pada posisi baring dan kaki diluruskan.
5. Banyak minum air suam jugak (dapat minum air zam zam lagi bagus) sebab badan kamu perlu banyak air. Pergerakan kamu sangat terbatas bila perut dah besar dan kamu akan cepat penat.
6. Bermalas-malasan di atas sofa atau katil tidak bagus! Bangun, pergilah berjalan-jalan hirup udara segar. Saya dulu memang kuat berjalan, sampai sudah buka 2 cm pon masih ada hati nak pergi membeli belah.hihohiho
7. Banyakkan membaca sebab siapa tahu kalu kalau baby kamu akan dapat habit ini kan? Bila membaca banyak buku mengandung, jangan terlalu panik dan menggelabah okay. Ambil sebagai panduan sahaja dan gunakan bila perlu.
Okay, semua di atas merupakan petua asli dari saya sendiri, tiada meniru sesiapa pun atau mengkopi sesiapa pun. Nampaknya sangat panjang isi saya kali ini, kan dan semua petua di atas adalah perkongsian saya dengan kamu semua. Petua-petua ini juga saya telah kongsikan bersama rakan-rakan saya yang sedang mengandung dan telah melahirkan. Tidak baik kedekut ilmu, tahu.Apapun, yakinlah segalanya rezeki adalah pemberian Allah dan bersyukurlah kita kepadanya. Amin..
Renung-renungkan dan selamat beramal..ececece''
dipetik dari = http://mamababahworld.blogspot.com/
Monday, January 31, 2011
Kewangan 2011
Halu…hari tue, saye ade terbace satu artikel yang menarik gak utk dikongsi bersama bagi org yang mcm saye yg ssh nak menyimpan…memandangkan kt dah masuk thn baru so kt gunakan konsep SEBELAS.
SSimpan untuk diri sendiri kt dulu..sgt penting!! Every month kt akan tolok gaji kt untuk peruntuk bil2, beli brg dapur etc. but skung nie kt simpan utk diri & family kt just incase kalu kt nak pakai duit, atleast kt ade duit trlipat2...dlm amount yg skit dulu xpun xpe..janji ado…berakit2 ke dahulu, berenang2 kemudian..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..
EElakkan membazir…bezakan antara barang KEPERLUAN dan KEHENDAK..selagi bole dibajetkan kt bajetkan…sy skung nie pun dah jarang shopping barang yg bukan keperluan…al maklum lah ble dh berkeluarga kt utamakan ank dulu….
BBajetkan keperluan kt…cam skung nie nak gie tesco, car4, ke kne listing barang ape yg nk beli..dh xbole pakai congak jek..kang ntahape barang dok sauk… ble kt kaunter dok jenuh nk bayar…so mulai 2011 sye dh start skit bawak list utk shopping brg dapur walaupun xduk umah sendiri….lalallalala….
EEmosi!!! Emosi yg xtenteram ble duit berkepuk dlm tgn…dok pkr ape yg nk ditukar etc…nie mmg selalu berlaku kt diri sy…aduh! Time dpt BONUS…mmg hilang punce jdnyer….mcm2 nk beli…last2 melepong ble ttbe rase mmbazir…kalu dpt bonus lah thn nie insyallah sy nk wat ASB…baruuuu jek nk wat kan….tp ble time bonus nie kt bole langsaikan lah hutang2 yg mane ade…hutang creditcard ke, hutang AhLong ke…etc..ble dah langsai kt akan senang, sbb next month kt xpkr agi psl hutang yg ado…
LLibatkan sikecil..Sering kali parents tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ni xtepat sbb sedar atau tidak, biasanyer sikecil mmg cpt meniru cara dan kelakuan ibubapanyer…contohnye, kt menabung dpn dia….amik duit kt then masukkan dlm tabung dpn sikecil… saye ade practice kan exercise nie tuk si ribena kecik sye…so far nmpak jek duit dia akn masuk dlm tabung ktorg, kt kene slalu wat insyallah dorg akan pick up dgn pntasnyer …tp kt kene tgk gak duit yg dorg msukan dlm tabung tue, kdg2 xsmpat nk masuk dlm tabung masuk dlm mulut…. Kt kene didik dr kecik menabung biar smpai ke besar peel tue melekat.
AAwas dgn ejen2 pelaburan kt luar tue yang tidak bertauliah dan tidak sah! Contohnyer SCK (Skim Cepat Kaya), MLM ke…kalu yg sah xpe, nie company yg baru nk jd kt join alamat mmg zero (0 )lah duit kt…jgn cpt melatah or terpedaya dgn skim2 yg ade…saye ade pengalaman dlm MLM nie..ble company tue dh nk bankrupt, kt nyer commission pun xde. MLM pun tgk gak, kalu brand ntah ape2 baek simpan jek niat anda, kang anda yg tertipu tipu tipu lagi.. kalu nk join biar brand yg kukuh….bukan smuanye MLM btl or tipu..klau yg btl kt bole prcaya….kalu cam Loan ASB tue kt bole caye…tp kalu yg ade kt FB log in trus dpt duit, adoi……tue nmpak sgt lah palsu… biar ejen pelaburan yg berdaftar ngan bank2 kat Malaysia nie….
SSiap sedia dana2 kecemasan…contohnyer kt dan pasangan simpan dlm sebulan RM100-RM250 sebulan..kalu kt xmo share kt sorg2 pun xpe…tp ape salhnyer kt sharekan.. Sharing is loving….chewah….mane taw ttbe sikecil kt warded, sakit ke kan… atleast kt ade dana kecemasan…Sharing… ape kate kt share pendapatan kt ngan suami kt.. mak sye ade ckp, klau gaji kt, share skit ngan family insyallah rezeki tu xputus… klau xbole nk ks dlm bentuk duit, kt try belanja dorg mkn ke, beli barang dapur skit ke.. janji ke Sharing ngan family kt…
Ble konsep SEBELAS nie kt berjaya laksanakan baru kt LULUS menjana kewangan dalam keluarga kt.. insyallah masalah kewangan kt berkurangan… saye pun lom tahap lulus agi…tgh memaksa untuk diri melaksanakan konsep SEBELAS nie….so selamat mencube….
Artikel nie diambil dr majalah PA&MA Januari11…tp saye tukar ayat2nyer skit....
Friday, January 7, 2011
azam baru
tahun nie aku rase aku ade beberapa azam & kemahuan yg kene archive....insyallah..btl ke klau org ckp kalu kt cte azam kt kat org sure xmnjadi azam kt tue..arghh....tp ade aku kesah..aku nk gak tulis ape azam aku thn nie....lalallalala....sgt poyo oke...i wish my dream come true..
- 1st thing this year aku mesti target LESEN KERETA....aku try nk amik tahun nie gak!!!penting tuk aku nk gie umah mak aku....lalallala..xyah tunggu en somi...nk lepak pun sonang skit...

- nak duk rumah sendiri...ouh...sangat xsabar..kini tiba masanyer kami bertiga kene berdikari...insyallah.

- Menabung..ohhHhhhh no...nie yg paling penting!aku mesti kene ade saving dlm tabung2 yg xnampak..

- bercuti bersama si rebinakecikku & somi...
Sunday, December 19, 2010
Monday, November 29, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Princess


=Thursday, November 4, 2010
.tv vs hp.
''isteri ibarat Tv, gf ibarat Hp, duk umh tgk tv, g luar bwk hp,
Tv saiz besar berat & buruk, tp hp kecik comel, ramping & blh bwk kemana2.
xde duit tgk Tv, ade duit beli hp baru.
jadi jgn pening kepala..pilihla Tv anda..makesure amik yg plasma.''
Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu simbol keanggunan
Khas perawan yang kau miliki
Akulah pengagum ragamu
Tak ingin ku menyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam
Nodai.. Sucinya lahirmu
Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia.. dengan kasih sayang
Ingin kuajak engkau menari
Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Dari semesta.. Cinta kita
Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia.. dengan kasih sayang
Bintang Terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk
Dan.. menjagamu
satu benda yg anda kt ingat, isteri ini umpama ibu2 anda..mcm mane anda sayang ibu anda mcm itu anda kne sayang isteri anda..ble berlaku petengkaraan dlm hidup anda igtlah saat2 manis anda berdua..bebincanglah ble masing dah cool, jgn lah berbincang ketika anda berdua sedang disambar api, sbb itu bole mnyebabkan masalah xkan selesai..alam rumahtangga nie adalah satu alam yg amat mncabar bagi setiap manusia..terdapat pelbagai rintangan yg kt kene harungi bersama..jatuh bangun kt bersama, jangan babitkan org luar...itu yg penting..kdg2 kt bole dgr ape kate org luar untuk pandangan sahaja...kt kene berfikir untuk menyelamatkan rumah tangga kt, BUKAN org laen!!!